Perlukan Kereta Sewa di Shah Alam? Viva? Myvi? Alza? Saga?

1311968986_233724614_1-Gambar--Zul-Car-Rental-Perodua-Myvi

Kereta sewa, satu lagi business sebagai persediaan dan perancangan untuk suami saya berhenti bekerja. Setelah hampir setahun menjalankan perniagaan servis kereta sewa ini, Alhamdulillah, akhirnya cita-citanya suami saya tercapai untuk menjadi Work At Home Dad (WAHD). Bagaimana kami terjebak dalam aliran perniagaan yang sangat berisiko ini? Hehe

Pada mulanya, bila suami ada beritahu perancangannya untuk memulakan perniagaan sewa kereta ni, saya memang agak ragu-ragu. Biasalah kan, tak kan kita nak terus ok je.. kena tau juga macam mana, apa risiko, apa prevention dan apa caranya. Bila suami dah terangkan satu-satu perkara yang saya ragu-ragu, akhirnya saya faham nature of this business. Memang high risk dan macam mana-mana business, usaha lebih, dapatla lebih, usaha gitu-gitu dapatla gitu-gitu.. hehehe tiada yang mudah dalam setiap kerja. Akhirnya saya setuju, dan selepas berfikir and kira banyak-banyak kali, kami mulakan dengan 2 biji kereta Alza sahaja. Kami mulakan dengan apa yang kami ada sahaja. Tiada pinjaman bank, kecuali pinjaman untuk 2 biji Alza tu je la.. hehehe

image

Selepas itu, Alhamdulillah, saya nampak hala tuju dan nampak apa yang suami saya rancangkan. Insyaallah, kalau suami rasa bende ni mampu membantu beliau untuk berhenti, saya akan fully support. Yela, mana tak fully support, sampai saya dengan mengendong 3 anak ni ha, sama-sama hantar kereta kat customer. Hehehehe mengingatkan kisah tu memang macam tak percaya.

Dari 2 biji Alza, kami tambah 4 myvi lagi, kemudian 2 biji viva dan kemudian tambah 3 biji saga 1.6 special edition dan yang last sekali tambahan 5 viva lagi. Alhamdulillah, makin bertambah dan target abang tahun ni, nak jadikan total 30 biji. Gulpps…. hahahahahha Macam mana tu? Macam kena tambah investor la tu…

Ok tu cerita dulu-dulu. Sekarang ni, suami dah official berhenti kerja dan dah official menjadi WAHD. Jadi segala urusan sewa kereta, fully suami dan staff handle. Saya doakan agar perancangan dan cita-cita beliau menjadi kenyataan. Amin….

Siapa yang nak cari kereta sewa seperti alphard, vellfire, alza, saga, myvi atau viva boleh cuba hubungi suami saya. Dan untuk yang nak tahu details mengenai kereta sewa ni, nak tau rate atau nak menjadi salah seorang investor boleh klik link ini. Kereta Sewa Shah Alam atau boleh terus call 0122830891/0169647428 untuk pertanyaan.

Luv,
Sharini
ummi’s of 3 KA

Trip to Johor – Johor Premium Outlet

Salam semua… ok.. kali ni meh kita cerita pasal santai-santai and jalan-jalan. Last weeks, kami sekeluarga berpeluang untuk berjalan-jalan ke Johor. Trip kali ini lebih kepada nak hantar adik ipar sambung belajar and amik kesempatan untuk melawat. Tempat pertama kami tuju sebelum sampai ke destinasi adalah Johor Premium Outlet.

Ok, first time ye saya nak ke sana. Hahahahhaha setelah ramai yang kata dah pegi sana and membeli di sana. Inilah kali pertama menjejakkan kaki ke sana. Siap sesat lagi sebab terlepas exit. Hehehhe tau tau, JPO nya sebelah highwayand we say bye bye… memang lawak. Jadi untuk first timer macam kami, kalau nak ke JPO dulu dari KL, ambil exit Tuas. Kalau straight terlajak macam kami, sampai habis exit johor tu, U turn ke senai. Dan straight je sampai jumpa signboard nak ke highway Tuas.

Cerita kami nak sampai ke JPO bolehla kata sampai nak teruskan je la ke Pasir Gudang. Sebab dah sesat berpusing area situ. Tapi alhamdulillah sampai juga. Masa kitrg sampai tu, tak ramai lagi. Maybe awal lagi kot.

image

Jalan-jalan kat sana, suasana outlet-outlet situ memang best… hehe tapiiiiiiii kalau takde duit tak payahla pegi… kihkihkihkih bikin sakit jiwa sahaja. Semua yang kat situ memanh branded punya barang. Furla, micheal kor, kate spade, coach, to name it few and banyak lagi yang sampaikan tak pernah dengar. Muahahahna

Harga? Ok.. expected la.. memang mahal. Tapi kalau compared dengan KL, murah la to those yang tak mampu nak pegi US sana. Saya? Aduhai… saya rather spend money untuk kasut je.. kasut mahal-mahal dan selesa yes, saya sanggup labur. Untuk handbag, etc kalau mampu amikla.. cumanya, bila tengok harga…. waaaaaa memang bikin ketaq lutut. Hehehehe

Sudahnya? Kami hanya berjalan-jalan di sana. Owh, ada la masuk kedai kasut clark and rembay untuk anak-anak. Sebabnya kalau kat KL tu, harga ratus dah. Tapi ni boleh dapat below rm100. Cuma pilihan tak banyak. Afeef? Enjoying himself dengan suasana kat sana. Nak-nak orang tak ramai and suasana shopping yang bagi saya I love the enviroment.

image

Adyan yang tengaj cuba nak merajuk and cari atuknya…
image

image

Khayra suka clownnnnn… hehehe

kami balik selepas pusing-pusing,tengok-tengok orang makin ramai. Nasib baik awal. Kalau tidak mahu sesak. Then kami off to pasir gudang untuk agenda utama. Hehehehe Bila balik dari berjalan di pasir gudang, abang ada tanya, nak singgah JPO ke? Me said. No la… maybe next time. Hehehehe

Untuk yang nak ke sana, and belum pernah jejak kaki, boleh la ke sana. Enviroment sangat best. Hehehehe

Nanti saya update cerita di pasir gudang. Macam mana kitorang makan dengan lahapnya. Hehehehe

Selamat malam semua…

Luv,
Sharini
ummi’s of 3 KA

Tahun 2014 : Adrini’s Memasuki Tahun ke-5 menghasilkan Baju Ibu Menyusu

Alhamdulillah, masuk tahun 2014 ini selangkah lagi tapak untuk Adrini’s kesayangan kami bertapak di persada fashion khas untuk baju ibu menyusu. Genap 18 January ini, official Adrini’s mula diperkenalkan di laman maya. Ini juga bermaksud, Adrini’s sudah memasuki tahun ke-5 sebagai salah satu daripada jenama baju ibu menyusu di Malaysia. Syukur alhamdulillah.

Untuk permulaan tahun 2014 ini, Adrini’s Nursing Wear tampil dengan koleksi-koleksi yang terdiri daripada material yang boleh dipakai sama ada di pejabat, bersantai, ataupun ke majlis-majlis kenduri mahupun formal. Adrini’s Nursing Wear menampilkan koleksi daripada material chiffon dan satin yang sangat selesa dan sedap di pakai.

Kami namakan koleksi terbaru daripada Adrini’s ini dengan nama Layra. Kenapa Layra? Entah, nama tu tiba-tiba muncul di kepala saya. Hehehehe Koleksi baju menyusu Layra ini didatangkan dengan 12 warna pilihan khas untuk mummies pilih mana yang berkenan di hati. Stok baju menyusu Layra ini sangat limited ye mummies. :)

Kami baju nak mencuba menggunakan material lain dari yang kami pernah hasilkan. Semoga sambutan menggalakkan untuk koleksi Layra ini. Koleksi Layra ada dua theme.. satu kombinasi warna block dan satu lagi warna senada.

Bukaan baju menyusu ini di selak melalui ruang yang disediakan dan access yang tersorok. Ini bukan baju yang breastfeeding friendly tapi memang baju khas untuk ibu menyusu kerana mempunyai lapisan sebagai alas.

Untuk warna tahun 2014 ini, ikutkan pantone color institute, berdasarkan survey yang dilakukan, 10 warna menjadi pilihan ramai tahun 2014 ini. Hehehe antara pilihan yang mereka jalankan, haaaaa ada beberapa warna layra yang bakal in. Ok.. jom kita tengok baju-baju dengan warna yang ada untuk koleksi layra.

1. Radiant Orchid purple
image

2. Dazzling blue

image

3. Celosia orange
image

4. Paloma gray
image

5. Sand gold
image

Ini adalah 5 daripada 10 trend warna bagi tahun 2014. Hehe Adrini’s pun ada ye mummies. ;)

Lagi warna yang ada

6. Burgundy pink
image

7. Candy pink
image
8. Salmon pink

image

9. Tender shoot green

image

10. Emerald green

image

11. Monza red
image

12. Olive green

image

12 warna yang bakal menjadi pilihan mummies semua… siapa suka? Boleh terus ke page kami atau website kami untuk pertanyaan dan pembelian. http://www.adrinis.comhttp://www.adrinis.com atau http://www.facebook.com/adrinis2u

Luv,
Sharini
Ummi’s of 3KA

Trend 2014 : 10 Warna Paling Popular

Alhamdulillah, 10 hari sudah berlalu pada tahun 2014 ini. Masuk tahun baru, banyak perkara yang nak diperbaharui. Macam azam.. azam tahun baru, anak-anak pun mulakan kelas baru, sekolah baru, pengalaman baru. Termasukla trend untuk warna-warna baru. Siapa nak tahu warna yang menjadi trend pada tahun 2014 ini?

Untuk tahun 2014 ini, warna yang menjadi pilihan designer dan dari survey yang dijalankan oleh Pantone Color Institute adalah Radiant Orchid, Dazzling Blue, Violet Tulip, Celosia Orange, Cayenne, hemmock, Paloma, Placid Blue, Freesia and sand.

image

Antara 10 warna yang tersebut, color of the year 2014 adalah Radiant Orchid. Warna purple. Salah satu daripada warna kegemaran saya. Hehehehe

image

image

Antara 10 warna ini, mana yang menjadi kegemaran? Macam saya, walaupun saya suka warna purple, tapi bila nampak warna dazzling blue tu, lepas tu fikir combine dengan warna putih, mesti cantik.

Kawan-kawan semua pula? Apa kata kita share.. :)

Luvs,
Sharini
Ummi of 3 KA…

Breastfeeding Story: Pengalaman Menyusui 3 Orang Anak

Alhamdulillah… Semoga hari ini bertambah lagi kebahagian untuk semua.. =) Dah lama saya tak bercerita mengenai Breastfeeding di blog saya ni kan? Hari ni saya nak bercerita mengenai pengalaman saya dalam menyusukan ketiga-tiga anak saya. Setiap seorang memang ada cerita masing-masing sebab saya juga percaya setiap anak mempunyai keunikan tersendiri.

Hari ini saya nak bercerita apa yang saya alami dan rasai selama saya menyusukan anak-anak saya dengan susu ibu.. Anak pertama dah berusia 5 tahun ( ikut tahun) dan yang kedua dah berusia 3 tahun dan yang kecil sekali, cukup-cukup 12 bulan.

Kenapa nak bercerita tentang pengalaman menyusukan anak-anak saya?

Pengalaman saya menyusukan ketiga-tiga anak saya agak berbeza. Anak saya yang pertama lahir ketika saya masih bekerja. Ketika itu, saya masih memegang jawatan sebagai “Working Mother“. Sebagai seorang ibu yang bekerjaya dan jauh dari anak, saya perlu memastikan stok susu saya dan supply saya kena dengan demand anak saya. Oleh itu, saya perlu mengepam di pejabat bagi mengumpulkan susu untuk anak saya. <Pengalaman menyusukan ketika bekerja di sini>

Si comel berusia 6 bulan

Anak kedua saya pula, saya memegang jawatan sebagai “Stay At Home Mother(SAHM) cum Work At Home Mother(WAHM)“. Ketika ini saya berdepan dengan cabaran menyesuaikan diri dalam membahagikan masa bersama anak-anak saya dan juga membuat kerja-kerja rumah plus kerja saya sebagai pengarah urusan di Adrini’s. Dengan adanya anak kecil yang tidak tahu erti ummi bekerja, ummi perlu buat itu, ummi perlu buat ini, si kecil hanya tahu dirinya perlukan perhatian. Di tambah pula dengan si kakak yang turut masih kecil ketika itu, (beza antara anak saya 2 tahun) membuatkan saya terkial-kial dalam membahagikan tugas. Ketika ini, saya masih mengepam untuk menyimpan stok sikit-sikit dan ketika ini juga saya mengamalkan tandem nursing kerana anak pertama masih tidak mahu putus susu. Ketika ini, walaupun saya tidak perlu risau untuk memerah susu beria-ia atau memikirkan susu cukupkah untuk anak saya, keadaan diri saya ketika menyusukan anak saya pula menjadi cabaran. <Pengalaman menyusukan ketika menjadi SAHM di sini>

Si macho yang kedua

Dengan lahirnya anak ketiga saya pula, cabaran lain pula ketika menyusukan si kecil tercinta. Walaubagaimanapun, cabaran penyusuan menjadi semakin lebih mudah ditangani dek kerana pengalaman sebelum ini. Saya lebih teratur dalam menyusukan si kecil, sambil dikongsi sedikit dengan si abang, Anak ketiga saya juga lebih matang dan lebih memahami. Namum manjanya, alahai…. <Pengalaman menyusukan anak ketiga di sini>

Bayi afeef tersenyum bahagia

Ketiga-tiga anak saya mempunyai pengalaman menyusu yang berbeza. walaupun anak kedua dan ketiga situasi kami sama, tapi pengalaman banyak mengajar untuk memberikan yang lebih baik untuk yang seterusnya. Walaupun anak kedua saya sudah menjadi WAHM, tapi masih ada issue yang perlu saya tangani.

Di entry ini, saya hanya ceritakan serba ringkas mengenai apa yang bakal saya ceritakan di entry selanjutnya. :) Nanti panjang sangat pula.. :D

p/s: Mummies boleh klik link yang diberikan bila post itu sudah di publish.

Its Mummy Time,
Sharini
Adrini’s Love. Wear.

Its Mummy Time: Full Time Working Dad – Work At Home Dad

Banyak yang kita dengar sekarang ni Full Time Working Mum (FTWM) bercita-cita untuk menjadi seorang Work At Home Mum (WAHM). Masing-masing ada target dan cita-cita serta perancangan untuk mencapai cita-cita yang di idam-idamkan. Siapa yang tak nak duduk di rumah bekerja sambil menjaga anak-anak dan melihat anak-anak membesar di depan mata sendiri? Dalam kita mendengar kisah rakan-rakan wanita yang bercita-cita menjadi WAHM, diam tak diam ada juga rakan daddy ini bercita-cita untuk menjadi Work At Home Dad (WAHD).

Full Time Working Dad (FTWD) nak transform jadi Work At Home Dad (WAHD)?

Work at home dad

Jangan tak tahu ye mummies, daddy pun ada yang bercita-cita nak bekerja di rumah sambil spend masa dengan anak-anak. Dan salah seorang daripada daddy tersebut adalah abah kepada my 3 little KA. :)

Cita-cita abah KA ni dah lama.. sejak saya mula berhenti semasa pregnantkan my little Khaleel Adyan. Macam-macam yang di fikirkan dan dicuba untuk mencapai cita-cita dan impian. Yep, mestila kan. Persiapan dan perancangan perlu ada sebabnya kalau abah KA dan berhenti dn menjadi WAHD, kami dah tiada income tetap. Kami dah tidak berada dalam comfort zone kami lagi. Kami perlu lebih berusaha untuk mencari rezeki yang halal untuk membesarkan anak-anak tercinta.

Mula-mula sekali abah KA join aktiviti yang berkaitan dengan hartanah. Join seminar dan any related activities yang berkaitan. Alhamdulillah, berkat usaha dan ilmu yang ada, abah KA berjaya membeli beberapa unit rumah tanpa modal. Rumah-rumah tersebut kami jadikan rumah sewa. Alhamdulillah, semua unit berpenghuni dan unit yang kami sewakan penyewanya sangat baik. Alhamdulillah, rezeki yang Allah beri kepada kami.

Tidak lama kemudian, abah KA mulakan business kereta sewa pula. Hehehe memandangkan rumah sewa di kira pendapatan bulanan, abah KA mencari cara untuk pendapatan harian pula. Sudah hamper setahun business kereta sewa ini berjalan dan Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran dan halangan, itu adala adat dalam berniaga.

Perniagaan yang terbaru untuk abah KA pula sekarang, atau baby baru kami, adalah business homestay di Shah Alam. Business ini masih baru dan kami masih banyak lagi perlu belajar tentang dunia ini. :)

Setelah semua ini di buat, sekarang abah KA dalam mode serve notice period. Insyaallah bulan 12 ni dah start secara rasminya menjadi WAHD. Ini semua rezeki anak-anak kami. Lahirnya Khayra Amirah, saya mulakan perniagaan baju menyusu Adrini’s. Lahirnya Khaleel Adyan, saya dah berhenti dan menjadi FTHW( Full Time House Wife) sambil menguruskan Adrini’s. Dan kini, lahirnya Khaleel Afeef, abah KA’s pula berhenti kerja dan beusaha untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga. Indahnya aturan Allah SWT.

Siapa mencari homestay atau kereta sewa, boleh hubungi kami nanti. :)

Its mummy time,
Sharini
Adrini’s Love. Wear. 

Apa Khabar Dunia Blogging? – Saya Ingin Kembali Menulis Semula

Alhamdulillah.. walaupun blog ini sudah berhabuk bersawang, saya masih sayang blog ini. Banyak memori yang saya coretkan di sini sejak dari kelahiran anak sulung saya. Blog ini tidakla famous seperti blog-blog yang lain namun semangat saya untuk menulis semula semakin hari semakin meningkat. Yes

Saya Ingin Kembali Menulis Semula..

Saya ingin kembali bercerita mengenai perkara yang saya suka, berkongsi apa yang saya tahu dan kembali semula ke dunia blogging yang sudah lama saya tinggalkan. Rindu sangat pada dunia ini. Apa khabar dunia blogging sekarang ye?

Perkongsian saya yang terakhir di sini adalah pada tahun lepas. Sungguh pantas masa berlalu. Sekarang saya dah anak 3, yang kecil berumur 1 tahun dan fully breastfeed. Alhamdulillah.

Dalam blog ini, saya banyak berkongsikan kisah Khayra, anak sulung saya yang kini dah berusia 5 tahun. Kisah dari saya mengandung anak pertama tersimpan di sini. Bila baca kembali, memang mengundang memori. hehehe Gaya penulisan saya juga daripada keanak-anakan berkembang mengikut usia. Dengan usia makin menginjak ke atas, saya sudah lama tinggalkan dunia ini, dan sekarang ingin kembali ke dunia ini…

Apa Khabar Dunia Blogging Sekarang?

Saya masih mengikuti rakan-rakan blogger yang masih aktif walaupun tidakla setiap hari saya ke blog mereka. Masih aktif berbicara dan bercerita dan ada juga yang menyepi seperti saya. Hehehehe memang kembali bersemangat untuk menulis. Macam-macam dalam fikiran ini, otak ligat berpusing-pusing nak tulis cerita apa. Hahahahahhahaha

Mungkin saya akan mulakan dengan keadaan sekarang dan kemudian kita flash back ke kisah-kisah yang related. Saya nak jadikan menulis blog adalah masa untuk ME time. Amacam?

Ada tak yang rindu saya? hahahha perasan ini orang… :D

Its mummy time,
Sharini
Adrini’s Love. Wear. 

1 2 3 51